fbpx

Menteri Besar antara 10 penerima darjah kebesaran Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim mengurniakan darjah kebesaran kepada Hasni sempena Hari Keputeraan Sultan Johor di Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. /FOTO IHSAN ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan darjah kebesaran bersempena sambutan ulang tahun keputeraan rasmi baginda hari ini.

Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) kepada Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad pula dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Datuk Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) dikurniakan kepada Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Salleh, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Faisal Mohamed.

Sementara itu, lima penerima dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ).

SIJ dikurniakan kepada Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil; Pegawai Daerah Kulai, Zainor Adani; Pengarah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Shaharom Nor Azian Che Mat Din dan Kadi Besar Negeri Johor, Halid Sono.

Turut berangkat Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada Majlis Pengurniaan Darjah yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini.

Berangkat sama, puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dan isteri, Che’ Puan Khaleeda termasuk Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI