fbpx

100,000 langkah yang bermakna buat pejuang kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim perkenan Laksamana Walkaton anjuran YKTLJ dilaksanakan secara maya. /FOTO ROYAL PRESS JOHOR

JOHOR BAHRU – Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ) menganjurkan Laksamana Walkathon sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut pada 4 Februari setiap tahun.

Namun Laksamana Walkathon yang bertemakan ‘Walk All Over Canser’ yang diadakan kali ini sedikit berbeza apabila mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersempena sambutan Hari Keputeraan baginda hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YKTLJ, Mohd. Ikmal Izam Zaini, walaupun negara diuji dengan cabaran pandemik Covid-19, perjuangan pesakit kanser tidak harus dilupakan, bahkan harus dicontohi.

“Pandemik Covid-19 ini banyak memberi dugaan kepada semua pihak terutama sekali pejuang-pejuang kanser. YKTLJ ingin meraikan Hari Kanser Sedunia ini dengan penuh kemeriahan bagi menyuntik semangat buat semua pejuang kanser untuk terus kuat dalam menempuhi saat-saat sukar ini.

“Namun begitu, kami di YKTLJ tetap menitik beratkan aspek keselamatan dengan mengingatkan para peserta supaya sentiasa mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walaupun dilaksanakan secara maya,” katanya dalam satu kenyataan.

Acara walkathon ini merupakan anjuran kolaborasi YKTLJ bersama Kelab Larian JomRun dan pendaftaran adalah percuma yang mana ia akan diadakan secara maya.

Jelasnya, peserta hanya perlu mengumpul 100,000 langkah dalam tempoh dua bulan dan akan menerima pingat penyertaan serta beg eksklusif khas daripada YKTLJ.

Pendaftaran masih dibuka bermula 18 Januari lalu sehingga 4 April 2021 menerusi aplikasi JomRun. Sebarang keterangan lanjut, boleh didapati melalui Facebook dan Instagram Tunku Laksamana Johor Cancer Foundation atau di talian 07-5570404. -K! ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI