fbpx

Kren jatuh : Prolintas ucap takziah pada keluarga mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yamg remuk dihempap struktur kren besi

KUALA LUMPUR – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden komponen kren jatuh di tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi Ulu-Klang Expressway (SUKE), Jalan Alam Damai, Cheras di sini pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pihaknya mengambil berat terhadap aspek keselamatan memandangkan lebih 90 peratus jajaran SUKE adalah melibatkan kerja di tempat tinggi dan di atas jalan raya sedia ada dengan trafik berkapasiti tinggi.

“Kami berusaha untuk bekerja sebagai satu pasukan dan objektif kami sangat jelas untuk memastikan projek ini dibina dengan cara yang paling selamat, siap tepat pada waktunya serta mengikut standard amalan kejuruteraan tertinggi.

“Bagaimanapun, insiden yang berlaku pada hari ini amat mendukacitakan dan Prolintas akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa serta akan terus menambah baik proses serta pelaksanaan projek sedia ada,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Prolintas turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat di dalam insiden kemalangan itu.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI