fbpx

Nasib tidak menyebelahi Harimau Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA melahirkan rasa kecewa kehilangan tiga mata berharga, namun tetap memuji anak-anak buahnya bangkit untuk meraih keputusan seri 2-2 di Stadium Perak, Ipoh semalam.

“Bukan malam kami,” kata ke­tua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora selepas menyaksikan anak-anak buah­nya sekadar meraih keputusan seri 2-2 ketika menentang Perak FC pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Mora berkata, skuad Harimau Selatan sepatutnya menjaringkan beberapa gol lagi kerana mencipta banyak peluang tetapi malangnya tidak dapat disudahkan.

“Seperti pertemuan dengan Selangor sebelum ini, kami juga cipta banyak peluang tetapi gagal diterjemahkan menjadi gol.

“Sebaliknya Perak berjaya menggunakan peluang mereka dengan baik manakala kami gagal menyudahkan peluang yang biasanya adalah gol buat kami.

“Oleh yang demikian, kami terpaksa bekerja keras dalam perlawanan ini terutamanya pada separuh kedua,” kata Mora selepas perlawanan.

Pada perlawanan itu, skuad The Bos Gaurus mempamerkan persembahan cukup luar biasa apabila pemain naturalisasi De Paula menyumbat kedua-dua gol tuan rumah pada minit ke-33 dan 56 manakala Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy nyata padu di benteng terakhir tuan rumah.

Bagaimanapun bekas penjaga gol kebangsaan itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyekat jaringan Akhyar Rashid serta sepakan penalti pada minit-minit akhir oleh Leandro Velasquez.

Mora walaupun kecewa tetap memuji persembahan anak di­diknya yang bangkit pada separuh kedua untuk menguasai per­lawanan hingga berjaya me­ngutip satu mata.

Pada masa sama, Mora juga menyindir corak melengah-melengahkan permainan yang diamalkan pemain lawan menyebabkan rentak anak buahnya terjejas.

“Memang semua pasukan mahu menumpaskan pasukan juara dan akan menerap pelbagai helah dan taktik. Ini perkara biasa dalam bola sepak,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI