fbpx

Baby Shima sedih Kiera dihina netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

PETALING JAYA – Penyanyi Baby Shima sedih apabila seorang pelakon tambahan dalam filem pendek berjudul Perempuan Penyondol, dihina dan dicaci netizen dengan ­pe­l­bagai gelaran gara-gara bertubuh besar.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli, 29, meluahkan rasa sedih dan kesal apabila pelakon tersebut yang dikenali sebagai Kiera telah menjadi mangsa penghinaan fizikal oleh netizen.

“Ya Allah sedihnya hati ini, saya nak tujukan video ini buat semua orang yang tidak menjaga hati dan perasaan orang lain!

“Sedihnya hati ini bila Kiera meluahkan perasaannya pada saya. Disebabkan cerita Pe­rempuan Penyondol yang saya lancarkan baru-baru ini, Kiera betul-betul tertekan dengan penghinaan itu,” ujar pelantun lagu Roadblock Hatiku itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Shima dalam Instagramnya, kelihatan pe­nyanyi itu bersama Kiera atau nama sebenarnya, Nurul Zaidatul Akhira Diana, 25, untuk mendengar luahan gadis itu selepas dihina netizen.

“Dia (Kiera) tertekan bila baca komen-komen yang me­lampau, hinaan, makian dan mengejek fizikalnya.

“Niat saya nak bagi semua orang peluang mencuba bakat tanpa memandang fizikal dan rupa, sedikit sebanyak dapat membantu keyakinan mereka. Cuba bayangkan kalau terjadi pada diri sendiri, mak ayah atau adik-beradik sendiri?” katanya.

Dalam masa sama, Shima juga memin­ta netizen supaya menjaga hati dan perasaan orang lain supaya jangan suka menghina sesiapa ­sahaja.

Bahkan, disebabkan perkara itu, Shima mengakui berasa takut untuk mengambil ‘bakat’ seperti Kiera pada masa akan datang kerana risau mereka akan menjadi bahan ejekan walaupun mempu­nyai bakat yang besar.

“Sedarlah, kita semua pun tidak sempurna. Ada kekurangan masing-ma­sing,” kata Shima.

Dalam filem pendek Pe­rempuan Penyondol itu, Kiera membawakan watak sebagai seorang perempuan perampas suami orang dan turut dijayakan oleh Shima sebagai isteri teraniaya.

Filem pendek itu telah dimuat naik dalam saluran YouTube Baby Shima pada Sabtu lalu dan mendapat sehingga lebih 10,000 tontonan setakat ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI