fbpx

Berlindung daripada angin kencang bukan menceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dirakam oleh Pengawal Pantai Filipina menunjukkan bot-bot China berlabuh di Terumbu Whitsun. - AFP

BEIJING – Bot-bot China yang berhimpun dekat sebuah terumbu tuntutan bertindih di Laut China Selatan adalah ‘bot nelayan’ yang berlindung daripada cuaca buruk, kata Kementerian Luar China hari ini, sehari selepas Filipina menyifatkan kehadiran bot-bot tersebut sebagai  pencerobohan.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan dituduh  Amerika Syarikat menggunakan kaedah mengugut, memujuk dan menakut-nakutkan negara-negara lain dalam usaha tersebut.

Filipina menyatakan semalam bahawa lebih 200 bot militia ditemui dalam formasi garisan di Terumbu Whitsun sekitar  320 kilometer ke barat Pulau Palawan pada 7 Mac lalu.

Manila meminta China  segera mengundurkan bot-bot tersebut yang dianggap mencabuli hak maritim dan kedaulatan wilayah Filipina.

Bagaimanapun, Beijing menyangkal dakwaan Manila dan sebaliknya berkata, bot-bot nelayan China sudah lama menangkap ikan berhampiran terumbu itu. Beijing juga menyatakan bahawa terumbu itu sebahagian daripada Kepulauan Spratly yang dituntut oleh berbilang negara.

“Baru-baru ini, berikutan keadaan laut, sesetengah bot nelayan China berlindung daripada angin kencang di Teluk Whitsun,” kata jurucakap kementerian luar, Hua Chunying kepada  wartawan.

“Kami percaya perkara ini amat normal dan kami harap semua pihak mempertimbangkannya secara rasional,” tambahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI