fbpx

Rani Mukerji baru dedah bibit cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANI MUKERJI

PELAKON Rani Mukerji cukup dikenali sebagai selebriti yang tidak suka menjaja kisah peribadinya kepada khalayak.

Bagaimanapun, dalam satu temu bual dengan sebuah stesen televisyen baru-baru ini, pelakon filem Kuch Kuch Hota Hai telah membuat satu mendedahkan tentang bibit-bibit awal dan punca dia jatuh cinta terhadap suaminya yang juga produser, Aditya Chopra.

Menurut Rani, dia jatuh hati terhadap Aditya dek persamaan sikap mereka berdua yang tidak gemar berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Selepas beberapa tahun berada dalam industri, saya melihat suami memiliki sifat yang sama seperti saya.

“Bahkan dia juga salah seorang pemain industri yang sangat saya hormati,” kata Rani kepada News18.

Pada masa sama, pelakon berusia 43 tahun itu turut membuat perbandingan antara suaminya dengan pengarah, Karan Johar.

“Saya tidak fikir akan jatuh cinta dengannya (Karan) kerana dia berada di mana-mana, seorang yang sosial dan suka berparti,” kata Rani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI