fbpx

Tular wanita ingkar arahan kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA bergelang merah jambu yang dikhuatiri baru pulang dari luar negara diliaht berada di sebuah bank di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Tular di media sosial hari ini gambar seorang wanita yang didakwa memakai gelang berwarna merah jambu sedang beratur di hadapan sebuah bank di Raja Uda, Butterworth di sini.

Gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook itu memaparkan wanita yang memakai baju belang dan skirt pendek tersebut sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam bank.

Seorang pengguna Facebook yang namanya dikaburkan mendakwa, dia melihat wanita itu kira-kira pukul 11 pagi sedang beratur pada kedudukan selang seorang daripadanya.

“Bila dibenarkan masuk, dia tak jadi masuk dan tiba-tiba pergi dan hilang. Memang tak sempat beritahu pengawal keselamatan.

“Tetapi apabila kira-kira 10 minit saya di dalam bank, ada orang beritahu pengawal keselamatan ternampak wanita memakai gelang merah jambu. Tak tahu sama ada dia datang semula,” katanya dalam posting di Facebook.

Bagaimanapun setakat ini pihak berkuasa belum dapat memastikan sama ada wanita itu memakai gelang kuarantin Covid-19, gelang fesyen atau jam tangan berwarna merah jambu berikutan gambarnya yang kabur.

Gelang merah jambu bertag perlu dipakai sebagai penanda kepada seseorang yang menjalani arahan kuarantin selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI