fbpx

Dua jet pejuang Taiwan hilang disyaki berlanggar di ruang udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JET pejuang F-5E Taiwan mengadakan misi latihan udara pada 27 Ogos 2003. - AFP

TAIPEI – Dua jet perang Taiwan hilang hari ini selepas disyaki berlanggar di ruang udara di luar di selatan pulau tersebut, kata agensi menyelamat kerajaan.

Dua jet jenis F-5E itu hilang dari radar kira-kira  pukul 3 petang (waktu tempatan) sekitar 2.6 kilometer di luar pantai daerah Pingtung, kata Pusat Perintah Penyelamat Kebangsaan.

Dua pesawat itu antara empat jet F-5E yang berlepas 30 minit sebelumnya untuk misi latihan biasa, kata markas tersebut yang menambah, sebuah helikopter dan beberapa kapal pengawal pantai telah menyertai usaha pencarian.

Sebilangan jet perang Taiwan yang sudah berusia mengalami  kemalangan maut sejak beberapa  tahun kebelakangan ini ketika pasukan tentera udara pulau itu berada di bawah tekanan berterusan oleh China. 

Pada Oktober tahun lalu, seorang juruterbang F-5E terbunuh apabila jetnya terhempas di timur Taiwan.

Sebulan kemudian, Taiwan menggantung sementara operasi semua jet F-16 untuk pemeriksaan keselamatan selepas sebuah jet itu hilang semasa latihan.

F-5E merupakan pesawat tempur generasi lama dengan reka bentuknya dihasilkan dalam tahun 1960-an. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI