fbpx

Bulan madu rentas negeri, Risteena, Isa dipersoalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Percutian bulan madu Risteena dan Isa menjadi pertikaian netizen.

PETALING JAYA – Percutian bulan madu pasangan pelakon Risteena dan Isa Khan di Semporna, Sabah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kemarahan netizen dalam laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan pasangan romantis itu yang mendapat kebenaran rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Tidak terhenti di situ, netizen turut mempersoalkan kegagalan Risteena dan suami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.

“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon (bulan madu) di Tawau, rentas negeri.

“Cerita dia sekarang, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen ‘honeymoon’. Kita dah boleh rentas negeri ke.

“Risteena berbulan madu sampai ke Sabah dengan SOP ke mana. Pelitup muka ke mana, buat InstaStory macam tiada apa-apa berlaku,” tulis netizen.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada pasangan selebriti itu masih tidak mendapat respons.

Kosmo! hari ini melaporkan pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri instafamous (pensohor media sosial) yang didapati menyalahgunakan permit rentas negeri untuk tujuan berbulan madu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan tersebut kepada pihak polis pada Sabtu lalu.

Terdahulu, Risteena dan Isa selamat dinikahkan 12 Mac lalu pada majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI