fbpx

GKP Tambahan mula dikreditkan Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kira-kira 900,000 usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro yang telah diluluskan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan pada Khamis ini.

Bantuan kewangan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP.

“Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai Rabu ini di Portal GKP menerusi pautan https://gkp.hasil.gov.my,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan bantuan kewangan adalah sebanyak RM3.58 bilion dengan melibatkan hampir 900,000 PKS mikro.

Di bawah Permai, kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui GKP Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi bantuan sama, sebanyak RM500 disalurkan kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

GKP Tambahan itu bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak Covid-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI