fbpx

Buruh warga Myanmar maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori membawa barangan runcit yang terbabas merempuh sebuah kedai makan selepas terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan buruh warga Myamar di Kilometer 55, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja berhampiran Rhu 10 di Setiu hari ini.

SETIU – Seorang buruh warga Myanmar maut selepas motosikal dinaikinya dirempuh sebuah lori membawa barangan runcit di Kilometer 55, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Rhu 10 di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 9.55 pagi itu, mangsa, Muhammad Hafiz Sayadul Rahman, 27, yang menetap di Kampung Buluh di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Hafiz yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dikatakan dalam perjalanan ke Telaga Papan dari Penarik di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tiba-tiba membelok motosikalnya ke sebelah kiri untuk memasuki persimpangan jalan.

“Lori setan membawa muatan barangan runcit yang berada di belakangnya gagal mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Afandi berkata, impak pelanggaran itu, lori yang dalam perjalanan untuk menghantar barangan runcit ke Kuala Terengganu dari Pasir Puteh, Kelantan hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebuah kedai makan yang tidak beroperasi di tepi jalan.

Tambah beliau, kelindan lori yang merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun pula cedera ringan di bahagian leher. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI