fbpx

Tiga didenda RM2,000 buat laporan polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIN keluar dari mahkamah selepas membayar denda itu di Mahkamah Kuala Selangor, Kuala Selangor, hari ini.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Tiga individu masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berkaitan kes jenayah di sekitar daerah ini.

Majistret Roslizi Sulaiman memutuskan demikian selepas semua tertuduh iaitu Amin Kadir, 57; Muhamad Hafizal Abdul Manan, 38, dan H. Narendran, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memberi maklumat palsu secara bertulis kepada anggota polis dengan masing-masing menyatakan beg dan bekas plastik disamun serta diragut.

Perbuatan itu dilakukan di Balai Polis Bestari Jaya, Balai Polis Jeram dan Balai Polis Tanjong Karang antara 13 Februari hingga 9 Mac lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, mereka bertindak membuat laporan polis palsu bagi mengelak dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana kehilangan kad pengenalan (MyKad).

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kenneth Oon memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh dianggap mengganggu tugas penjawat awam termasuk polis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI