fbpx

Pasangan instafamous beri keterangan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang tular di laman Instagram berkaitan pasangan instafamous berkenaan.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan pasangan suami isteri yang didakwa menyalahgunakan permit rentas negeri untuk berbulan madu sebelum ini telah memberi keterangan palsu berkenaan permohonan tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis telah menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan tersebut kepada pihak polis pada Sabtu lalu.

“Berdasarkan hasil siasatan, kita dapati pasangan berkenaan telah memberikan keterangan palsu berkaitan permohonan kebenaran rentas negeri.

“Siasatan mendapati pasangan tersebut telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel lebih awal secara atas talian pada bulan Disember 2020 untuk menyambut ulang tahun perkahwinan pada 17 Mac lalu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, jelasnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Jika disabitkan kesalahan, pasangan berkenaan boleh dikenakan tindakan kompaun sehingga RM10,000,” ujarnya.

Terdahulu, tular gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.

Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju Isnin lalu untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

Pada Sabtu lalu, polis telah mengambil keterangan pasangan berkenaan bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI