fbpx

Pandosoft buka ruang kerjaya dalam industri penstriman video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIDD Santhe bergambar selepas ditemubual di pejabatnya di Puchong, Selangor hari ini. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

Oleh NADIA HASHIM

PUCHONG- Kemunculan satu platform baharu yang bakal merubah peranti pengguna menjadi satu mesin jana pendapatan terutama kepada mereka yang berada di dalam industri penstriman.

Aplikasi ini bukan sahaja bakal memberikan akses pendidikan, menurunkan kadar pengangguran di seluruh dunia, mewujudkan peluang pekerjaan malah menghubungkan seluruh dunia tidak kiralah di bandar mahupun luar bandar.

Pengurus Komunikasi Korporat Pandosoft, Kidd Santhe berkata, Pandosoft merupakan satu platform digital baharu yang bakal mengubah sesuatu perisian kepada mesin jana pendapatan.

“Platform ini bukan sahaja bakal membuka peluang baharu malah ia bakal mengubah komputer mereka menjadi mesin jana pendapatan.

“Selain itu, Pandosoft juga telah mencipta perisian ‘Rametron’ yang boleh dimuat turun di semua jenis peranti di mana ia menggunakan lebihan jalur lebar anda untuk tujuan penstriman yang lebih lancar,” katanya.

Pandosoft adalah satu projek komuniti untuk komuniti dengan empat aplikasi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi iaitu Pandojo, Pandogo, Show.Us dan TutorX. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI