fbpx

Budak lima tahun berbasikal maut dilanggar SUV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan di Kampung Tok Sani, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku ketika seorang wanita berusia 32 tahun yang memandu SUV jenis Toyota Fortuner keluar dari rumahnya menuju ke Madrasah Gelugor Bagan Lalang.

“Apabila membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba pemandu terdengar bunyi dentuman sebelum memberhentikan kenderaannya.

“Wanita itu mendapati dia terlanggar seorang budak penunggang basikal dari arah kiri jalan di hadapan halaman rumahnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, pemandu berkenaan segera membawa mangsa ke HSJ sejurus kemalangan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 petang akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI