fbpx

Zii Jia juara All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA sudah menghantar peletakan jawatan untuk keluar daripada BAM pada 11 Januari lepas.

PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menjuarai kejohanan badminton Seluruh England (All England) buat pertama kali selepas menewaskan Victor Axelsen 30-29, 20-22, 21-9 sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Birmingham, England itu, Zii Jia yang diletakkan selaku pemain pilihan ke-6 kejohanan dilihat berjaya mengimbangi cabaran yang dilakukan oleh Axelsen untuk menang set pertama dengan keputusan 30-29.

Pada set kedua, Axelsen yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-2 kejohanan berjaya mempamerkan kebangkitan untuk mengheret saingan ke set penentuan dengan keputusan 22-20.

Bersambung pada set penentuan, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-10 dunia tampil lebih cemerlang dan tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 21-9 yang memakan masa keseluruhan selama satu jam 15 minit.

Keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas Axelsen yang berjaya menewaskannya di peringkat separuh akhir pada saingan All England edisi tahun lalu.

Kemenangan Zii Jia juga sekali gus menamatkan kemarau negara yang kali terakhir menjuarai kejohanan All England menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI