fbpx

Kereta terjunam dalam tasik akibat tertekan pedal minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat selepas sebuah kereta terjunam ke dalam tasik di Serdang, petang tadi.

BANDAR BAHARU – Salah seorang mangsa dipercayai tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kereta jenis Proton Persona terjunam ke dalam tasik di Serdang di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, dua mangsa dipercayai ibu dan anak masing-masing berusia lingkungan 60-an dan 20-an ditemui mati lemas.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintendan Mohd. Akmal Hizam Abd. Khupur berkata, pihaknya menerima maklumat tentang sebuah kereta terbabas masuk ke dalam tasik kira-kira pukul 6.30 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada mangsa yang dipercayai tertekan pedal minyak dan menyebabkan kereta bergerak ke hadapan dan memasuki tasik.

“Kereta tersebut sebelum itu berada di kawasan letak kereta tidak berkotak di hadapan tasik,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap di dalam kenderaan dan lemas.

“Mayat dua beranak itu selesai dinaikkan kira-kira pukul 8.45 malam dan mayat dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat,” katanya.

Tambahnya, kereta berkenaan setakat ini belum dinaikkan dari tasik. – K! ONLINE,

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI