fbpx

Muzakkir tunggu 10 tahun naik podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUZAKKIR meraih kemenangan pertama pada saingan CP150 pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC-Selatan) semalam.

MOHD. Muzakkir Mohamed menanti kira-kira 10 tahun untuk meraih kemenangan pertama pada saingan CP150 selepas pelumba Selangor itu menjuarai perlumbaan pembukaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC-Selatan) semalam.

Muzakkir memulakan ka­riernya sejak 2011 dan hanya pernah menjuarai perlumbaan kategori Pro Am pada 2013, namun selepas itu gagal untuk menjuarai sebarang kemena­ngan dalam perlumbaan Cub Prix.

Muzakkir yang beraksi bersama pasukan ONE XOX TKKR Racing Team itu tampil cemerlang ketika memulakan saingan di petak ketiga selepas berjaya mengatasi Mohd. Izzat Zaidi Salehan yang memulakan saingan di petak pertama.

Izaat daripada pasukan Ipone Yamaha YY Pang Ra­cing Team akur meraih kedua, manakala Ahmad Afif Amran (Petronas Sprinta Yamaha CKJ Racing) di tempat ketiga.

“Kemenangan ini hampir 10 tahun saya tunggu selepas berkecimpung dalam arena perlumbaan. Saya pernah menjuarai saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam ka­tegori 250, namun kemenangan itu ditarik balik atas faktor lain.

“Saya tunggu saat ini untuk menaiki podium dan menghadiahkan sesuatu kepada pasukan yang percaya dengan kemampuan saya meskipun ­sudah berusia hampir 30 tahun.

“Pada saingan itu, saya tidak toleh ke belakang dan cuba jurangkan kedudukan dengan barisan kelompok belakang.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan kemena­ngan ini dan saya harap kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada saya untuk perlumbaan kedua di Sepang nanti,” katanya semalam.

KASMA Daniel yang kembali bersaing pada Cub Prix musim ini gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan di SIC, Sepang semalam. – SHIDDIEQIIN ZON

Sementara itu, bekas pelumba Moto2, Kasma Daniel Kas­mayudin yang kembali ke kancah perlumbaan Cub Prix musim ini gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh di pertengahan saingan sekali gus gagal meraih sebarang mata.

Pusingan kedua Cub Prix Malaysia akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (Utara) pada 4 April nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI