fbpx

Siasatan ‘Anonymous Malaysia’ masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan 7 Januari 2021

KUALA LUMPUR – Polis masih meneruskan siasatan ke atas kumpulan penggodam ‘Anonymous Malaysia’ meskipun individu yang ditangkap berhubung kes itu telah dibebaskan pada bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, seramai 11 individu yang ditahan pada 18 Februari lalu itu boleh direman selama dua minggu, namun ia bergantung kepada keputusan mahkamah.

“Mengikut undang-undang, mereka (suspek) boleh ditahan reman untuk tempoh sehingga 14 hari, bagaimana pun ia bergantung kepada mahkamah untuk memberikan tempoh (reman) berapa lama.

“Dalam kes ini, mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas tiga hari direman kerana tempoh itu yang dibenarkan mahkamah. Tidak bermakna (selepas tiga hari) siasatan dihentikan,” katanya dalam ditemu bual bersama Kosmo! di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Mengenai dalang utama kes serangan siber, Zainuddin memberitahu, pihaknya masih me­ngenal pasti identiti suspek terlibat dan maklumat mengenainya sedang dikumpulkan.

Artikel berkaitan: Anonymous Malaysia mula menyerang

Artikel berkaitan: Amaran serangan siber

“Kalau ada maklumat yang meyakinkan, kita akan buat tangkapan tanpa mengira pangkat apa, jawatan dan kerja di mana.

“Saya ingin tegaskan kita tidak memilih darjat, siapa pun pelakunya akan tahan kerana ini melibatkan soal ke­selamatan dan kestabilan negara,” kata beliau.

Dalam pada itu, Zainuddin meminta orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah siber kepada polis bagi membolehkan siasatan terus dijalankan.

“Polis mungkin ada peralatan yang canggih dan pegawai yang berkaliber, tetapi kalau tidak ada maklumat (orang awam) ia tidak boleh membantu,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI