fbpx

Jumlah kes Covid-19 meningkat – Manila tutup gereja, sekat pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANILA – Ibu negara Filipina, Manila mengambil langkah menutup semua gereja di bandar itu dan tidak membenarkan sebarang aktiviti pelancongan ekoran peningkatan jumlah kes baharu Covid-19, lapor majalah Barrons.

Semua gereja di Manila akan ditutup, orang ramai dilarang makan di dalam restoran dan aktiviti pelancongan ke luar Manila tidak dibenarkan.

Jumlah kes baharu ketika ini sudah melebihi 7,000 untuk tempoh tiga hari berturut-turut.
Jumla tersebut adalah yang tertinggi direkodkan semenjak bermulanya pandemik Covid-19 dengan catatan 663,000 kes yang memberi tekanan kepada hospital temptan.

Kira-kira separuh daripada kes aktif adalah di pusat bandar Manila yang mempunyai kadar kepadatan penduduk tertinggi negara itu.

Jurucakap presiden negara itu, Harry Roque memberitahu langkah penutupan gereja dan premis makanan adalah perlu bagi mengelak penularan virus Covid-19 terutamanya varian baharu.

“Dua fokus utama kami adalah untuk mengurangkan penyebaran virus Covid-19 di Manila dan juga mengelak varian baharu di luar Manila memandangkan ia lebih mudah merebak,” katanya.

Dua peraturan baharu itu akan dilaksanakan selama dua minggu bermula esok melibatkan wilayah sekitar Rizal, Cavite, Laguna dan Bulacan.

Perkhidmatan kenderaan awam bagaimanapun akan beroperasi seperti biasa dan pekerja dibenarkan berulang-alik ke tempat kerja kerana kerajaan Filipina akan berhenti melaksanakan perintah kawalan pegerakan di pusat ekonomi utama negara itu.

Namun, perjalanan keluar masuk yang tidak penting adalah dilarang. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI