fbpx

Krim kosmetik lelaki berusia 2,700 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sisa krim seberat 6 gram yang ditemui dalam balang gangsa ini diambil di kubur seorang golongan bangsawan Cina kuno.-University of Chinese Academy of Sciences

BEIJING – Sepasukan saintis menemui serbuk yang dipercayai krim pemutih berusia 2,700 tahun dalam sebuah balang gangsa bertutup milik bangsawan zaman kuno, lapor South China Morning Post, kelmarin.

Saintis menjumpai sisa krim itu dari kubur seorang lelaki bangsawan dari era bertarikh 771-476 Sebelum Masihi (SM) pada 2017.

Penyelidik menghabiskan masa beberapa tahun untuk mengenal pasti kandungan bahan kimia yang terdapat dalam krim yang diambil dari tapak arkeologi Liujawa, Chengcheng yang terletak di barat laut wilayah Shaanxi.

Ketua penyelidik dari Akademi Arkeologi Shaanxi, Sun Zhanwei memberitahu, krim tersebut merupakan antara krim kecantikan tertua yang wujud di China.

“Ini merupakan krim kecantikan lelaki yang diketahui tertua wujud di negara ini.

“Kami tidak pasti tujuan sebenar penggunaannya pada zaman tersebut namun ia disifatkan sebagai bahan berharga kerana ditanam bersama-sama mayat pemilik di dalam kubur,” katanya.

Laporan yang diterbitkan dalam jurnal Archaeometry itu turut mendedahkan antara bahan yang ditemui dalam krim tersebut ialah kalsium karbonat jenis monohydrocalcite yang ditemui dalam susu gua dan berkemungkinan dikutip oleh penganut kepercayaan Taoisme.

Taoisme yamg juga dikenali sebagai Daoisme adalah ajaran China yang dikaitkan dengan ahli falsafah Lao Tzu yang menyumbang kepada agama masyarakat terutamanya di kawasan luar bandar dan menjadi agama rasmi China di bawah Dinasti Tang. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI