fbpx

Jual rumah maya pada harga RM2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mars House hanya boleh dilihat oleh pemiliknya pada paparan skrin namun tidak boleh didiami. - CNBC

LONDON – Seorang artis reka bentuk dalaman mampu mencipta dan menjual kediaman mewah secara maya dan menjualnya pada harga £360,490 (RM2 juta) dalam matawang kripto, lapor akhbar Daily Star.

Krista Kim yang bertanggungjawab mereka bentuk rumah maya dipanggil Mars House mampu menjual hasil rekaannya pada harga 288 Ether, sejenis matawang kripto dengan nilai kadar tukaran yang dinyatakan.

Kediaman yang wujud dalam fail digital yang digelar token khas atau NFT dalam industri bitcoin itu hanya boleh dilihat di paparan skrin pemiliknya.

Menurut Kim, ia adalah sesuatu yang masuk akal untuk seseorang membeli hartanah secara maya kerana manusia akan hidup dalam gaya hidup realiti berperanta (AR) dalam tempoh waktu terdekat.

“Hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi sebelum kita akan rasa selesa hidup dalam ruangan maya, sama seperti kehidupan kita dalam kediaman biasa seperti sekarang,” jelasnya kepada CNBC.

Tambah Kim, pemilik rumah maya boleh menghias persekitaran, ruang peribadi serta fesyen mereka mengikut citarasa tersendiri.

“Pemilik akan mengekspresikan personaliti mereka secara digital. Terdapat banyak aset dan bahan-bahan yang boleh dikumpul termasuk pakaian berjenama serta aksesori,” tambahnya.

Mars House bukanlah satu-satunya artifak digital yang dijual secara NFT.

Terdapat beberapa lagi barangan seperti gambar kolaj yang dihasilkan oleh artis digital, Beeple yang dijual kepada firma lelong, Christie’s pada 11 Mac lepas pada harga melebihi £50 (RM285). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI