fbpx

Paket disangka ekstasi rupanya gula-gula strawberi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gula-gula jenama Haribo ini mempunyai bentuk buah strawberi serta bau yang enak. -Mirror UK

PARIS-Polis menggeledah sebuah bengkel di Saint-Ouen dan merampas beberapa paket berisi pil berwarna merah jambu yang disangka dadah jenis ecstasy bernilai hampir £900,000 (RM5.12 juta), lapor Mirror UK, kelmarin.

Begitu pun, selepas diperiksa, kesemua bahan rampasan itu sebenarnya merupakan gula-gula strawberi jenama Haribo yang popular di Perancis.

Pasukan polis Paris juga dilaporkan sempat memuat naik ciapan di akaun Twitter rasminya, @prefpolice dan menyifatkan penagkapan besar itu sesuatu yang membanggakan.

Selain paket merah jambu berisi gula-gula, beberapa unit telefon bimbit yang dipercayai dicuri juga turut dirampas.

Gula-gula stawberi yang dikenali sebagai Fraise Tagada itu memiliki berbentuk seperti buah stawberi mini dan disaluti gula serbuk selain memiliki bau yang enak.

Begitu pun, suspek yang ditahan dalam serbuan itu masih didakwa atas kesalahan memiliki telefon bimbit yang dicuri dan memiliki mesin yang digunakan untuk membuat ecstasy.

Sebelum ini, kes kesilapan melibatkan serbuan dadah berlaku di Thailand apabila polis merampas paket yang disangka ketamin bernilai AS$ 1 bilion (RM4.1 bilion).

Selepas disiasat, bahan rampasan itu merupakan serbuk pencuci.

Insiden tersebut disifatkan sebagai ‘kesilapan teknikal’.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI