fbpx

Banduan lolos diri ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banduan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi PLKN Padang Hijau, Batu 13, Jalan Mersing-Kluang dekat Kluang, petang kelmarin, berjaya ditahan polis semalam.

KLUANG – Banduan yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Reintegrasi (Kem Program Latihan Khidmat Negara) Padang Hijau, Batu 13, Jalan Mersing-Kluang dekat Kluang, petang kelmarin, berjaya ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, lelaki berusia 38 tahun itu ditahan pada pukul 6.15 petang di kawasan perumahan Ladang Cattle Queen, Padang Hijau hasil maklumat orang awam yang melihat seorang lelaki terbabit di kawasan berkenaan.

“Banduan berkenaan merupakan pesalah yang sudah dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 25 Februari lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 4.50 petang kelmarin, polis menerima panggilan daripada warden penjara yang memaklumkan bahawa empat lelaki tempatan cuba melarikan diri dari pusat tahanan itu.

Menurut warden itu, tiga daripada lelaki terbabit berjaya ditahan, manakala seorang lagi meloloskan diri.

Kempat-empat banduan sudah dituduh di mahkamah dan dihantar ke pusat tahanan itu untuk tapisan keselamatan Covid-19 selama 14 hari sebelum dihantar ke Penjara Ulu Choh dekat sini.- K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI