fbpx

Sub Komander Abu Sayyaf ‘Apo Mike’ ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah dikenali sebagai Apo Mike ditembak mati polis Filipina dalam satu kejadian di negara itu kelmarin.

KOTA KINABALU – Seorang perancang utama kegiatan kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di pantai timur Sabah dikenali sebagai Apo Mike ditembak mati polis Filipina dalam satu kejadian di negara itu kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Apo Mike disahkan mati ditembak oleh pasukan keselamatan Filipina. Namun kita masih menunggu maklumat lengkap mengenai kejadian itu,” katanya dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, Apo Mike atau nama sebenarnya Majan Sahidjuan adalah seorang sub-komander Abu Sayyaf.

Apo Mike dipercayai mengetuai beberapa siri penculikan termasuk kes penculikan empat rakyat Sarawak di perairan Semporna, Sabah berhampiran Pulau Ligitan pada 2016.

Apo Mike juga adalah antara 21 senarai penjenayah dikehendaki Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSSOM) kerana terbabit aktif melakukan jenayah termasuk penculikan yang berlaku di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI