fbpx

Seludup 36 PATI warga Thailand guna bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand yang ditahan oleh anggota PGA di dalam sebuah bas di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 menahan seramai 36 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diseludup dari negara jiran di dalam sebuah bas di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Nor Azizan Yusof berkata, semua PATI itu ditahan sewaktu anggota PGA menjalankan tugasan Ops Benteng Covid-19 di sekitar negeri Kelantan.

Katanya, siasatan mendapati, sindiket penyeludup menggunakan bas untuk menyeludup PATI ke negara ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita menjalankan rondaan di kawasan itu kira-kira pukul 7 pagi sebelum melihat sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berada dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota PGA terus menghampiri dua lelaki di dalam MPV sebelum mengarahkan mereka untuk membuka pintu bas yang berkunci,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Azizan berkata, pihaknya menemui 22 orang lelaki, 13 wanita dan seorang kanak-kanak dipercayai PATI warga Thailand di dalam bas itu.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati semua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kita turut menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

“Semua PATI yang ditahan dibawa ke Kompeni Taktikal PGA, Taman Bakti di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI