fbpx

Polis saman 22 penjaja jalanan di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penjaja masih menjalankan perniagaan dengan menjual air kepada penumpang kereta di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu hari ini. - Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Seramai 22 orang penjaja jalanan yang berniaga di kawasan persimpangan lampu isyarat di sekitar daerah ini di saman pihak polis dalam satu operasi khas baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, semua saman itu dikeluarkan dalam operasi yang dijalankan selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu lalu.

Menurutnya, semua penjaja berusia dalam lingkungan 20-an disaman ketika mereka sedang menjual di sekitar Jalan Hamzah, Jalan Kuala Krai dan Jalan Lembah Sireh.

“Tindakan dikenakan terhadap mereka mengikut Akta Lalu Lintas Jalan Raya dan tindakan boleh dikenakan dibawah 10A (1) LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

“Penjaja yang disaman akan dihadapkan ke mahkamah boleh didenda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan. Mereka juga diberi tempoh dalam masa sebulan untuk hadir prosiding perbicaraan di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, bagaimanapun, tiada saman dikeluarkan kepada pembeli setakat ini.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di sekitar persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Hor di sini hari ini mendapati beberapa penjaja masih menjual air kepada pemandu dan penumpang kereta yang berhenti di kawasan tersebut. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI