fbpx

33 diplomat, staf Kedutaan Korea Utara keluar dari negara ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaunselor Kedutaan Korea Utara, Kim Yu-Song membawa bagasi selepas tiba ke lapangan terbang KLIA 1 sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM0886 ke Pudong, China susulan arahan kerajaan yang memberi tempoh 48 jam kepada pihak kedutaan Korea Utara meninggalkan Malaysia ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA di sini, hari ini. - GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Seramai 33 pegawai diplomatik dan ahli keluarga Kedutaan Korea Utara di ibu negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi tadi.

Mereka tiba secara berperingkat-peringkat dalam beberapa kelompok kecil dengan kumpulan terakhir menaiki sebuah bas persiaran disewa khas tiba di terminal kira-kira pukul 11.44 pagi.

Ketibaan mereka dikawal ketat seramai tujuh anggota dan pegawai dari balai polis KLIA yang turut mengiringi mereka ke kaunter daftar masuk di laluan F9 dewan perlepasan aras 5 KLIA.

Kumpulan itu kemudian dibawa ke bilik kenamaan sebelum menaiki pesawat komersial syarikat Shanghai Airlines penerbangan FM 0886 ke Pudong, China pada pukul 4.10 petang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI