fbpx

Harga tempat letak kereta lebih RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan tempat letak kereta di Hyde Park Gardens, tengah kota raya London – Daily Mail

LONDON – Sebuah petak parkir dijual pada harga £210,000 (RM1.2 juta) sekali gus antara paling mahal di Britain manakala kos tersebut hampir me­nyamai harga sebuah kediaman empat bilik di bandar Sheffield, England .

Tempat letak kereta tersebut terletak di Hyde Park Gardens, pusat bandar raya London , lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Harganya hampir menyamai harga purata sebuah rumah di Britain iaitu sekitar £239,000 (RM1.3 juta).

Tempat letak kenderaan itu datang bersama pajakan selama 85 tahun yang akan berakhir pada tahun 2104.

Pada harga tersebut, penduduk Britain boleh membeli sebuah rumah berkembar dilengkapi tiga bilik tidur di Harrogate, Yorkshire Utara atau memiliki rumah teres di Yorkshire Dales.

Biarpun harga petak parkir di Hyde Park Gardens itu dianggap mahal, ia sebenarnya murah jika dibandingkan dengan harga tempat letak kereta paling mahal di Britain.

Pada Januari lalu, sebuah petak parkir bawah tanah di Knightsbridge dijual pada harga £350,000 (RM1.99 juta).

Ruangan sepanjang 6 meter itu dilengkapi pembantu garaj harian dan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan terletak hampir dengan gedung beli-belah berprestij, Harrods.

Dengan perjanjian pajakan selama 25 tahun pada kadar 3.92 peratus, pembelinya akan membayar ansuran bulanan seba­nyak £1,649 (RM9,394) jika membuat bayaran deposit sebanyak £35,000 (RM199,398). –Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI