fbpx

Jackson Wang pilih Afgan Syah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POSTER lagu kolaborasi antara Jackson Wang dan Afgan Syah berjudul M.I.A.

ANGGOTA kumpulan GOT7, Jackson Wang mendedahkan kolaborasi terbaharunya bersama penyanyi terkenal Indonesia, Afgan Syah.

Menerusi entri berbentuk poster yang dimuat naik dalam Instagramnya, Jackson memberitahu, lagu berjudul M.I.A akan menemui pendengar bermula 19 Mac ini.

Dalam perkongsiannya yang menggunakan serangkap baris lirik lagu tersebut sebagai kapsyen, rata-rata pengikut memberikan komen positif termasuk peminat dari kedua-dua negara republik itu.

Afgan turut meninggalkan komen dengan mengucapkan terima kasih atas peluang dan kolaborasi yang terjalin.

Difahamkan, mereka telah merancang untuk berduet sejak setahun lalu, namun tergendala ekoran pandemik Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI