fbpx

Kakak setia jaga adik terlantar hampir 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMINI menunjukkan keadaan tangan Abd. Rashid yang masih berdaya untuk diangkat di kediamannya di Parit Othman, Batu Pahat baru-baru ini.

BATU PAHAT – Tidak hanya menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, namun seorang wanita turut melaksanakan kewajipan sebagai kakak apabila setia menjaga adiknya yang terlantar akibat sakit saraf sejak 20 tahun lalu.

Rumini Badri, 53, berkata, adiknya Abd. Rashid, 49, yang tidak pernah berkahwin sebelum ini hanya mengambil upah bekerja kampung di kawasan sekitar Parit Sulong, di sini.

Katanya, Abd. Rashid yang telah menetap bersama keluarganya sejak sekian lama menderita sakit di beberapa bahagian saraf sekitar tahun 2000.

“Mula-mula sakit di kaki, kemudian makin serius apabila kaki pun dah tak boleh berjalan. Lepas itu seluruh anggota badannya mulai sakit apabila dia sendiri tak mampu bangun beberapa tahun.

“Kini dah mula sembuh sikit kerana dah boleh duduk, tapi keadaan dia tidak pernah kekal, adakala selepas beberapa hari dah mampu duduk, lepas itu tak boleh dan terlantar selama beberapa minggu, begitulah rutinnya.

“Selama 20 tahun, inilah katil yang digunakan adik untuk tidur, makan dan mandi. Kalau nak buang air terpaksa guna botol, kalau buang air besar terpaksa atas katil. Mandi pun hanya lap badan,” katanya ketika ditemui di kediamannya Parit Othman, di sini baru-baru ini.

Menurut Rumini, Abd. Rashid pernah menderita sakit teruk apabila seluruh anggotanya tidak boleh disentuh.

Rumini berkata, dia yang mengambil upah menjaga anak jiran dengan pendapatan RM500 sebulan selain suaminya, Tuki Saiman, 54, yang hanya bekerja kampung berpendapatan RM500 ke RM600 akui, adakalanya terasa sempit untuk memenuhi segala keperluan terutama membeli ubat buat adiknya.

“Saya ada enam orang anak berusia antara 14 hingga 28 tahun. Dua daripadanya sudah berkahwin dan dua lagi masih bersekolah. Justeru, kami juga perlu menanggung perbelanjaan anak yang bersekolah.

Terdahulu, keluarga ini dikunjungi Pengurus Lions Club Batu Pahat, Richard Chan; Sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Sulong serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Othman yang turun padang bagi melihat keadaan Abd. Rashid seterusnya mendapatkan bantuan yang bersesuaian.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun anak Rumini, Maziah Tuki di Bank Simpanan Nasional 0199-5410-0038-6036 atau hubungi Maziah di talian 019-7435180.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI