fbpx

Polis Klang Utara sangkal dakwaan peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG- Polis Klang Utara menyangkal dakwaan menyalahguna kuasa tahanan reman 14 hari terhadap wanita warga Vietnam yang didakwa mempunyai dokumen perjalanan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihak masih menunggu laporan semakan ketulenan dokumen perjalanan itu daripada Jabatan Imigresen.

Kata beliau, terlebih dahulu pihaknya telah memeriksa sebuah restoran makanan laut di daerah ini pukul 2.45 petang pada 13 Mac lau.

“Seorang lelaki yang merupakan pemilik restoran telah ditahan kerana disyaki menggaji empat lelaki warga Myanmar dan enam wanita warga Vietnam tanpa permit sah

“Semakan mendapati enam warga Vietnam itu gagal mematuhi peraturan-peraturan pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit ( Langkah -langkah di dalam kawasan jangkitan ) 1988.

“Hasil siasatan pihak polis mendapati kesemua warga asing yang ditangkap mempunyai dokumen perjalanan.

“Pihak polis telah membuat permohonan semakan ke Jabatan Imigresen Putrajaya pada 15 Mac namun masih belum menerima maklum balas dari jabatan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan seorang peguam V. Vemal Arasan mempersoalkan keperluan pihak polis menahan seorang warga wanita Vietnam yang sah menikah dengan penduduk tempatan selama 14 hari untuk memastikan kesahihan dokumen perjalanan ini.

Vemal mendakwa negara mempunyai sistem yang dapat menentukan kesahihan itu dalam beberapa jam.

Mengulas lanjut, Nurulhuda berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin selepas laporan pengesahan dokumen diperolehi pihaknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959 serta Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI