KALAU ada masa terluang, Diva memang seronok membelek Instagram artis tanah air. Iyalah, siapa tidak suka tengok orang cantik dan kacak kan!
Tetapi dalam pada sedang leka melayari Instagram, tangan Diva terdetik nak belek akaun pelakon jelita Ruhainies. Banyak dia kongsi gambar perkahwinan kakaknya, Risteena dengan Isa Khan yang berlangsung minggu lalu.
Ramai yang puji kedua-dua adik-beradik itu cantik. Dalam banyak-banyak komen pujian, tiba-tiba Diva perasan ada yang menegur perut pelakon itu yang kelihatan agak buncit.
Sampaikan ada komen menganggap Ruhainies sedang berbadan dua. Eh! Sedangkan dia nikah pun belum. Jangan macam-macam ya.
Mungkin perut pelakon itu nampak buncit sebab faktor baju yang digayakan. Kadang-kadang sudut gambar yang diambil boleh mempengaruhi bentuk badan seseorang tau. Tak baik netizen ‘body shaming’ Ruhainies.
Pada masa sama, ramai juga yang mendoakan giliran dia pula naik pelamin. Rasa-rasanya bila agaknya ya?
DIVA: Sekarang setiap petang hujan. Lebat pula tu. Naik risau Diva nak ke sana ke sini, takut banjir!