fbpx

VIP tidak terkecuali diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri ketika menghadiri sidang akhbar sempena lawatan kerja di Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir, Kuala Nerus.

PETALING JAYA – Kerajaan mengulangi pendirian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) tidak kira orang kenamaan (VIP) atau rakyat biasa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua orang dikenakan tindakan jika ingkar arahan SOP.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga pernah mengambil tindakan kepada VIP, sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan tidak kira pangkat dan tiada pengecualian.

“Pernah terjadi seorang Timbalan Menteri membayar kompaun serta dikenakan tindakan mahkamah dan banyak juga kes VIP yang telah diambil tindakan,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja di Kem Batalion 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seberang Takir, Kuala Nerus.

Sementara itu, beliau turut memberitahu, polis sedang menyiasat berkenaan isu ingkar SOP dalam satu majlis yang dihadiri VIP di Negeri Sembilan baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Ismail turut menjelaskan rentas negeri dibenarkan tetapi bersyarat.

“Dari segi pelancongan, individu perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan untuk rentas negeri. Kita tidak benarkan jika individu itu rentas macam itu sahaja tanpa menggunakan khidmat mereka.

“Jika dengan agensi terbabit, semuanya sudah ditetapkan seperti, laporan polis telah dibuat, hotel sudah ditempah, hala tuju lokasi juga sudah ditetapkan, malah tentatif program juga disediakan, justeru itu, rentas negeri menggunakan khidmat mereka dibenarkan jika orang ramai mahu melancong,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan tidak mahu terburu-buru membuka sekatan negeri memandangkan sebelum ini sebanyak 32 kluster rentas negeri dilaporkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI