fbpx

Selepas setahun debut, Dolla trending dalam Twitter!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN DOLLA

PETALING JAYA – Setahun berkecimpung dalam industri muzik, nama kumpulan wanita Dolla sohor kini dalam Twitter dengan tanda pagar, #dollamakemalaysiaproud.

Kumpulan yang dianggotai empat wanita jelita iaitu Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby itu ketika awal kemunculan sering dikaitkan meniru muzik dan fesyen kumpulan popular Korea Selatan, Blackpink.

Kini, 365 hari selepas debut muzik, kumpulan yang popular dengan single Watch Me Glow itu membuktikan mereka lebih daripada tanggapan serong tersebut apabila menghidupkan semula trend muzik kumpulan wanita.

“Selamat ulang tahun pertama Dolla. Terima kasih untuk 365 hari yang penuh bermakna.

“Dolla telah melalui banyak naik dan turun seperti bagaimana untuk berdepan komen negatif,” ciap kelab peminat kumpulan tersebut @idollaclub menerusi Twitter.

Dolla ditubuhkan pada Ogos 2019 apabila Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya yang pada mulanya tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya bertemu semasa sesi uji bakat pencarian kumpulan penyanyi wanita baharu.

Ketika itu, pihak pengurusan meletakkan kriteria yang dicari iaitu memiliki bakat menyanyi dan menari.

Mereka mendapat perhatian penonton apabila membuat persembahan yang cukup bertenaga di pentas final #RapstarEra bertempat di The Bee Publika, Damansara, Selangor.

Pada 20 Mac 2020, mereka melancarkan single sulung berjudul, Dolla Make You Wanna yang diterbitkan oleh komposer dan penerbit rakaman Australia, Bryan B, serta hasil gubahan Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.

Ketika awal kemunculan, penampilan mereka juga sering dibandingkan dengan kumpulan K-Pop seperti Blackpink dan kumpulan antarabangsa Little Mix. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI