fbpx

Kita perlu pelapis yang sudah ditapis – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA RUDAINI

PETALING JAYA – Sejak dua hari lalu, kecoh dalam media sosial isu lambakan selebriti media sosial (instafamous) bergelar pelakon yang dicetuskan oleh pelakon Izara Aishah.

Dalam kekecohan isu berkenaan hangat diperkatakan ramai, pelakon Rita Rudaini turut tidak ketinggalan menyuarakan pendapat berkaitan pengambilan pelakon dalam kalangan instafamous.

Tulis Rita dalam InstaStorynya, dia menganggap pengambilan instafamous sebagai pelakon baharu hanyalah alasan syarikat produksi dan stesen televisyen.

“Alasan ‘penonton nak’. Penonton sekarang bijaklah. Memang kita perlukan pelapis tetapi yang sudah ditapis.

“Sebenarnya yang dihidang dalam televisyen itu sudah dicantikkan dengan suntingan dan di’cover’ dengan pelakon tua mcam kami,” tulisnya.

Berkongsi pengalamannya, Rita memberitahu pada awal kemunculannnya dia sangat malu sekiranya tidak pandai berlakon.

“Jika dulu tak reti berlakon, malu sangat tetapi masih berani untuk minta ilmu daripada pelakon senior.

“Dulu ada juga telefon bimbit tetapi tidaklah sibuk dengan gajet tersebut sepanjang berada di set penggambaran sebab takut nanti ‘hidangkan tahi’ kepada pengarah,” ujarnya.

Pelakon drama Geng Mak-Mak itu turut memberi contoh beberapa negara lain bagaimana mereka mempersiapkan bakat baharu sebelum bergelar artis.

“Di Korea dan Indonesia, mereka diberi kelas sebelum muncul dalam televisyen, bukannya keluar kosong.

“Di Malaysia, muka buruk tetapi bakat hebat pun tidak diterima,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, isu pengambilan instafamous menjadi pelakon dipersoal oleh Izara dan mendakwa pihak stesen televisyen tiada bajet untuk mengambil aktres dan aktor yang sedia ada dalam industri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI