fbpx

Pegawai kanan JPJ direman kes suapan RM88,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai kanan JPJ direman di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar hari ini berhubung siasatan mengenai sindiket melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya.

KANGAR – Seorang pegawai kanan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjadi individu kelima yang ditahan di negeri ini berhubung siasatan mengenai sindiket melindungi pemandu-pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya melibatkan jumlah suapan kira-kira RM88,000.

Lelaki berumur 41 tahun tersebut direman hari ini selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret, Kamaliza Md Zain di bilik reman Kompleks Mahkamah Kangar di sini.

Menurut sumber, pegawai gred 44 tersebut ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri pada pukul 4.40 petang semalam.

Katanya, hasil siastaan daripada empat suspek yang ditahan sebelum ini termasuk seorang orang awam yang bertindak sebagai proksi membawa pada tangkapan ini.

“Suspek dipercayai mempunyai transaksi akaun bank dengan proksi yang membawa kepada tangkapan ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

“Nilai suapan yang diperoleh setiap bulan boleh mencapai antara RM4,000 hingga RM5,000,” katanya di sini hari ini.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seskyen 17a Akta SPRM 2009.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI