fbpx

Sanggup bersembunyi dalam air najis elak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kanan) memperkatakan sesuatu kepada warga asing yang cedera ketika serbuan awal pagi hari ini.

KUALA LUMPUR – Gara-gara bimbang dicekup, tiga lelaki warga asing nekad memanjat dinding yang diperbuat daripada zink setinggi kira-kira 20 meter sebelum terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi najis berdekatan tapak pembinaan pusat komersial Tun Razak Xchange (TRX), Jalan Imbi di sini awal pagi, hari ini. 

Tidak cukup dengan itu, mereka yang hanya berkain pelikat sanggup bersembunyi di dalam longkang yang berbau busuk itu meskipun dalam keadaan kaki tercedera akibat terkena bahagian zink yang tajam. 

Sementara itu, seorang wanita warga Indonesia pula berpura-pura diserang histeria dan mendakwa mengalami kekejangan pada bahagian badan hingga mencemaskan suasana di lokasi seketika. 

Namun, taktik itu tidak berpanjangan apabila perbuatannya berjaya dihidu pihak berkuasa yang menyedari wanita berusia 40 an itu hanya berlakon bagi mengelak daripada dicekup. 

Mereka antara 328 warga asing yang berjaya dicekup menerusi Op Jabatan Imigresen yang dilaksanakan secara bersepadu antara Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Putrajaya bermula kira-kira pukul 10 malam hingga pukul 2.30 pagi. 

Seramai 328 warga asing melibatkan empat negara berjaya dicekup JIM.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang turut menyertai operasi itu berkata, kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 22 hingga 63 tahun melibatkan warga Bangladesh (204 orang), Indonesia (108 orang), India (empat orang) dan Myanmar (sembilan orang). 

Jelasnya, operasi kali ke-75 ini menyasarkan port tapak pembinaan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan ini bagi melihat kesahihan pasport sama ada masih boleh digunakan atau sudah tamat tempoh. 

“Kita juga mahu periksa sama ada pekerja tersebut ditempatkan di sini berdasarkan sektor asal atau di luar daripada sektor yang telah didaftarkan oleh agensi majikan mereka. 

“Tindakan tegas akan diambil ke atas majikan sekiranya pekerja berkenaan bekerja di sektor yang bertentangan dengan pekerjaan yang didaftarkan dalam dokumen,” ujarnya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan, awal pagi semalam.

Ujar beliau lagi, pemerhatian pihaknya turut mendapati suasana di kawasan tapak pembinaan itu sangat tidak selesa dan sempurna dari segi kemudahan penginapan asas sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta 446 Kementerian Sumber Manusia (KSM) . 

“Ia melibatkan aspek makan minum, tidur, pembuangan air kecil dan besar yang tidak terurus tanpa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), ia akan dirujuk segera kepada kementerian itu,” ujarnya. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI