fbpx

Pecco mula selesa tunggang Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO mengakui semakin dapat menyesuaikan diri dengan jentera pasukan Ducati musim ini dan percaya mampu melakukan kejutan. – AFP

DOHA – Pelumba Ducati, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia mengakui sudah bersiap sedia 100 peratus untuk memulakan aksi pertama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang membuka tirai secara rasmi pada 28 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Pada sesi ujian selama lima hari minggu lalu, Ducati antara pasukan yang paling menyerlah terutama pelumba utamanya, Jack Miller selepas merekodkan masa terpantas, namun Pecco juga tidak kurang hebatnya apabila menduduki tangga kelima.

Bagaimanapun, Bagnaia menegaskan dia perlu menguasai barisan hadapan sekiranya mahu memberi tentangan untuk podium pada aksi pembukaan tersebut.

“Setiap kali turun melakukan ujian saya dapat rasakan terdapat perubahan ketara pada jentera ini dan ia bero­perasi sangat baik setiap kali pe­ngu­bahsuaian dilakukan.

“Pasukan juga mendengar pendapat kita dan segera me­lakukan perubahan. Saya te­ruja bersama Ducati musim ini serta tidak sabar untuk memulakan aksi pertama di Qatar.

“Misi pertama adalah saya ingin memulakan saingan di barisan hadapan kerana ia akan memberi kelebihan kepada saya untuk melakukan pecutan awal,” kata yang menyertai Pramac Ducati musim lalu.

Pecco turut mengakui terdapat beberapa sektor di litar yang perlu diperbaiki persembahannya agar tidak ketinggalan berbanding pelumba lain untuk mendapatkan catatan terbaik pada sesi kelayakan nanti.

“Saya telah menjalani sesi latihan simulasi di litar ini dan terdapat beberapa peningkatan yang perlu dilakukan. Secara ke­seluruhan ia positif dan saya mampu perbaiki rekod terbaik di Losail nanti,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI