fbpx

Fasihnya ‘minah salih celup’ ini berbahasa Melayu!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Sabrina yang petah berbahasa Melayu mencuri perhatian pelayar aplikasi TikTok.

NAMA unik dan wajah persis ‘mat salih’, itu antara komen yang diberikan terhadap seorang gadis bernama Abdulloeva Sabrina Habibulloevna.

Gadis yang berasal dari Tajikistan dan kini menetap di Malaysia itu menjadi tumpuan netizen terutama pengguna aplikasi Facebook kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu.

Lebih menarik, dia juga fasih bertutur dalam dialek utara.

Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang biologi di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu juga dipuji ramai kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ini.

Sehingga ke hari ini, video-video perkongsiannya telah ditonton lebih 80,000 oleh pengguna TikTok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI