fbpx

Perbaharui pasport secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan keadaan sebelum pandemik Covid-19 apabila rakyat Malaysia dan Singapura bebas melalui Tambak Johor di Johor Bahru untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. – GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen (JIM) menasihatkan rakyat Malaysia di Singapura supaya memperbaharui pasport mereka secara dalam talian bagi mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Singapura.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, permohonan yang dibuat akan diproses dan pasport akan dicetak dalam masa empat hingga lima minggu.

Beliau berkata, kesesakan dan barisan yang panjang di STM di Singapura adalah disebabkan oleh gangguan sistem dan kerosakan salah satu mesin pencetak pasport.

Menurutnya, kesesakan di STM itu juga disebabkan oleh jumlah permohonan pasport yang meningkat secara mendadak dan pemohon datang secara ‘walk-in’ tanpa membuat temu janji melalui Sistem Temujanji Online (STO).

“Untuk makluman, bermula 4 Februari lepas, semua urusan di pejabat Imigresen di STM adalah melalui STO.

“Sebelum STO, temu janji perkhidmatan hanya dibuat secara e-mel manual,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas berhubung laporan berita mengenai waktu menunggu giliran permohonan pasport di STM di Singapura.

Mengulas lanjut, Khairul Dzaimee berkata, pihaknya juga sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Luar Singapura bagi membenarkan kakitangan syarikat Datasonic Berhad memasuki negara tersebut untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI