fbpx

Bekas pemuzik iringan S.Jibeng perlu bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sukarelawan The Third Force Selangor/KL menyampaikan sumbangan kepada Salamah di kediaman mereka di Bukit Jalil semalam.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri yang pernah menjadi pemuzik iringan kepada bekas penyanyi era 60-an Allahyarham S.Jibeng kini memerlukan bantuan orang ramai selepas kedua-duanya mengalami masalah kesihatan.

Selepas tidak lagi menjadi pemuzik iringan, pasangan yang dikenali sebagai Azhar Ibrahim, 69 dan isterinya, Salamah Jabit juga pernah menjadi pemuzik jalanan serta menjual tisu untuk menampung kehidupan mereka.

Menerusi perkongsian di laman Facebook aktivis terkenal, Raja Shamri Raja Husin, pasangan yang juga orang kelainan upaya (OKU) penglihatan itu kini tidak mampu untuk menjadi pemuzik jalanan selepas kedua-duanya mengalami masalah kesihatan.

Katanya, Azhar hanya terlantar diatas katil disebabkan penyakit strok dan jangkitan kuman pada kaki sejak tiga minggu lalu, manakala Salamah pula hanya mampu duduk dikerusi roda kerana sudah tidak mampu berjalan selepas melakukan pembedahan lutut.

“Kini, mereka hanya mengharapkan bantuan anak perempuan mereka iaitu Norsabarina yang mana berkerja sebagai pembantu gerai makan dan mempunyai empat orang anak dan seorang anak angkat.

“Walaupun berpendapatan kecil Norsabarina tetap cekal menjaga ibu dan ayah tiri beliau. Ibunya mendapat bantuan dari Baitumal sebanyak RM450 sebulan manakala ayah tirinya mendapat bantuan dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berjumlah RM500 sebulan tetapi adakalanya tiada bayaran yang diterima,” katanya di sini hari ini.

Raja Shamri yang juga pengasas NGO The Third Force berkata, pihaknya dengan kerjasama orang ramai telah menyumbang sebuah katil dan tilam untuk kegunaan Azhar.

Selain itu katanya, keluarga itu juga memerlukan lampin pakai buang untuk kegunaan Azhar dan mereka juga kadang-kadang terputus bekalan makanan.

“Justeru sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai keluarga ini boleh terus berhubung dengan Topek Taib (sukarelawan The Third Force) ditalian 011-59911538,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI