fbpx

Kes cabul Syed Iqmal, dipindah ke Mahkamah Sesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Shah Iqmal (kiri) bersama peguamnya tiba di Mahkamah Sesyen di sini bagi sebutan semula kes rogol yang didakwa ke atasnya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kes cabul yang dihadapi oleh pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Majistret Muhammad Iskandar Zainol  memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes itu dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hakim Jamaludin Mat menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula dan serahan dokumen lanjutan kepada pihak pembelaan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shanur Farrahin Shapri manakala peguam Syed Amirul Syed Edros mewakili Syed Shah Iqmal.

Pada 10 Disember tahun lalu, di Mahkamah Sesyen di sini, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pada 16 Mac lalu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam  pendakwaan sudah menyerahan kepada pembelaan dua dokumen berkaitan laporan perubatan bagi kes rogol Syed Shah Iqmal yang didakwa atas petuduhan merogol seorang wanita dua tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI