fbpx

Pengurusan tanah perkuburan tidak dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pihak pengurusan tanah perkuburan Cina tidak akan dikenakan kompaun di atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh penganut tersebut.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan akhbarnya menjelaskan, pihak kementerian mengambil maklum kebimbangan pihak pengurusan tanah perkuburan Cina mengenai kompaun akan dikenakan jika gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan bahawa penganut diminta untuk memastikan pematuhan SOP di tanah perkuburan. Kompaun boleh dikenakan kepada penganut didapati melanggar SOP yang telah diluluskan.

“Pihak pengurusan tanah perkuburan sebaliknya tidak akan dikenakan kompaun di atas pelanggaran SOP yang dilakukan oleh penganut tersebut,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan Negara menyeru kepada pihak pengurusan tanah perkuburan Cina di seluruh negara untuk beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan supaya masyarakat Cina dapat menjalankan upacara Cheng Beng pada tahun ini.

Ujarnya, maklumat penuh SOP sambutan Cheng Beng tahun 2021 ini boleh dimuat turun daripada laman web MKN di pautan berikut, https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2021/03/SOP-PKPP UPACARA-CHENG-BENG-Kemaskini-18-Mac-2021.pdf. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI