fbpx

Agong kurnia surat cara pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengurniakan surat cara pelantikan kepada salah seorang Hakim Mahkamah Rayuan pada majlis yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Rayuan pada majlis yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Hakim terbabit ialah hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Ghazali Cha, Datuk Seri Mariana Yahya, Datuk See Mee Chun dan Datuk Hashim Hamzah

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan itu turut dihadiri Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf.

Turut hadir Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI