fbpx

PATI hilang arah telefon bimbit dimasuki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI Indonesia yang dicekup pasukan keselamatan di Kapar, Klang semalam.

KLANG – Sekumpulan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dipercayai hilang arah apabila telefon bimbit milik mereka dimasuki air sebaik mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Serdang, Kapar di sini semalam.

Kesemua mereka termasuk sembilan wanita berusia 23 hingga 48 tahun kemudiannya dicekup kira-kira pukul 9 pagi di kawasan pondok dan sekitar kawasan ladang di kampung berkenaan hasil maklumat awam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, siasatan awal mendapati PATI dipercayai berlepas dari Tanjung Balai, Indonesia dengan membayar dalam lingkungan RM800 hingga RM2,800 seorang.

Katanya, PATI itu memasuki negara ini menerusi jalan laut yang tidak diwartakan menggunakan bot sebelum mendarat di pesisir pantai kampung tersebut.

Mereka kemudiannya berjalan sejauh satu kilometer dalam tempoh kira-kira sejam ke sebuah pondok untuk berehat.

“Berdasarkan siasatan, ini berikutan kesemua telefon bimbit PATI telah dimasuki air dan sukar menghubungi rakan di negara ini sehingga menyebabkan mereka hilang arah tuju.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dengan terdapat sebahagian daripada kalangan PATI itu adalah suami isteri,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Rizal menambah, pihaknya turut menggunakan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman dalam usaha mengesan sekiranya terdapat PATI yang menyorok di kawasan sekitar.

Turut membantu dalam operasi itu adalah anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

“Mereka kesemuanya dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan selanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI