fbpx

Sah! Majlis Noor Nabila, Engku Emran hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Nabila selamat melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran pagi tadi.

PETALING JAYA – Khabar angin majlis pernikahan Noor Nabila dan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik sekeping foto yang tertulis Walimatul Urus Noor Nabila dan Engku Emran.

Hasil tinjauan Kosmo!, perkongsian foto meja makan dihiasi indah dan pelamin yang dimuat naik Ameera dalam Instagramnya turut memberi bayangan majlis sedang berlangsung pagi ini.

Malah, sekeping kad senarai yang terletak di atas meja juga turut tertulis nama Noor Nabila dan Engku Emran di bahagian bawah.

SPEKULASI pernikahan antara Nabila dengan Engku Emran akhirnya terjawab selepas adiknya, Ameera Khan memuat naik gambar-gambar majlis mereka dalam media sosial sebentar tadi.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di sebuah masjid pagi tadi.

Manakala, perunding majlis tersebut ialah Reka Teemor.

Engku Emran menyarungkan cincin ke jari manis Nabila.

Semalam, spekulasi tentang majlis pernikahan mereka bertiup kencang dalam media sosial.

Untuk rekod, Emran juga pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto dengan memaparkan bahagian radio dalam keretanya yang menampakkan refleksi wajah Nabila di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sekitar dua minggu lalu, nama Nabila dan Emran antara topik hangat yang diperkatakan dalam kalangan netizen dan gosip hubungan mereka juga tersebar hingga ke Indonesia.

Sebelum ini, Nabila dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.
Lebih menguatkan khabar angin tersebut, Emran juga dikatakan sering berkunjung ke kediaman Nabila bagi menyertai sesi usrah bersama ahli keluarga bekas isteri pelakon Sharnaaz Ahmad itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI