fbpx

Harimau Selatan akur keputusan seri dengan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORA kecewa selepas skuad bimbingannya gagal meraih tiga mata di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin.

Oleh KHAIRUL MOHD ALI

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui akur dengan keputusan seri yang direkodkan oleh anak-anak buahnya selepas diikat 1-1 ketika menentang Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Kata Mora, ada beberapa perkara yang menyebabkan dirinya tidak berpuas hati tetapi barisan pemain perlu tetap memandang ke depan terutama apabila status pendahulu liga masih kekal menjadi milik skuad Harimau Selatan.

“Seri 1-1, sudah tentu ia bukan keputusan yang diinginkan tetapi pemain sudah memberikan yang terbaik dalam semua aspek sama ada sikap, semangat dan juga taktikal.

“Selangor memberi tekanan dalam perlawanan ini dan tidak banyak pasukan yang menunjukkan prestasi seperti itu, kami tahu ia adalah satu perlawanan sukar.

“Mereka menjaringkan gol awal dan itu memberi tekanan kepada kami, selain itu kami juga kurang bernasib baik untuk menjaringkan gol menerusi sepakan penalti tetapi inilah bola sepak,” ujarnya.

Mora bagaimanapun tetap memuji persembahan skuad Harimau Selatan termasuklah pemain baharu mereka, Bergson Da Silva yang baharu tiba di negara ini beberapa hari lalu.

“Bergson bermain dengan baik dengan penyudah yang cukup tajam. Namun, saya tidak mahu dirinya terlalu berpuas hati dan fokus untuk membantu pasukan untuk aksi seterusnya,” katanya.

JDT akan beraksi menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI