fbpx

Bot nelayan Vietnam ditenggelam jadi tukun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu bot nelayan Vietnam yang ditenggelamkan sebagai tukun tiruan di perairan Kuala Nerus, hari ini.

KUALA NERUS – Maritim Malaysia (APMM) menenggelamkan empat bot nelayan Vietnam yang telah dilucut hak di perairan Kuala Nerus dekat sini hari ini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, kesemua bot nelayan Vietnam yang ditenggelamkan sebagai tukun tiruan berkenaan telah dilucut hak oleh mahkamah pada tahun lalu.

“Keempat-empat bot nelayan tersebut sebelum ini telah disita dalam Op Naga Barat dan Op Iman oleh APMM sepanjang tahun 2018 dan 2019.

“Sebanyak 43 buah bot nelayan asing lagi dijangka ditenggelamkan sepanjang tahun ini setelah mendapat perlucutan hak dari mahkamah,” katanya di sini hari ini.

Jelasnya, tindakan menenggelamkan bot nelayan asing ini adalah tanda APMM serius mengekang pencerobohan nelayan asing ke perairan negara.

Tambah beliau, tukun tiruan daripada bot nelayan asing itu juga bertujuan menggalakkan biodiversiti marin.

“Sebelum ini, APMM telah menenggelamkan 99 bot nelayan asing yang telah dilucut hak di sekitar perairan Terengganu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI